Jumaat, 14 November 2014

Tips banyakkan susu ibu.

Assalammualaikum...
Dok belek2 gambar dalam henpon ni ternampak gmbar2 lame mase ammar zarif ni baby lagi . Teringat saat2 menyusukan dia dulu. Dulu mula2 nak naik keje lepas cuti bersalin 2 bulan, rasa macam buntu sgt sebab susu simpanan x cukup. Lepas tu bila amalkan tips2 yang sepatutnya, Alhamdulillah stok susu memang mencurah curah. Meh nurul share sikit tips yg nurul amalkan.

1. Haruslah minum air secukupnya. Minum air masak at least 3 liter 1 hari. Kalau x cukup water intake,  petua ape pun hang buat xkan jalan.

2. Perbanyakkan makan buah buahan dan sayur sayuran. Bila banyak makan buah dan sayur,  secara x langsung susu akan rasa lebih wangi  , manis dan tambah berkhasiat,  berbanding banyak makan makanan laut. Susu ibu ni kan akan ikut apa yang ibu makan. Sebab tu ibu yang menyusukan bayi secara exclusive ni kena makan pantang,  bukan main ikut sedap tekak sendiri je.

3. Makan makanan berkuah. Contohnya sup ayam..sup sayur..sebab kuah tu kan air,  jadi secara x langsung memperbanyakkan susu ibu.

4. Banyakkan zikir dan doa.
Dulu masa susukan ammar dgn atif,  setiap kali waktu nak pam susu untuk dorg,  nurul akan tengok nota kecik yang nurul buat ni. Letak sekali gmbar anak. Jadi bila tgok muka anak,  bila kita banyak berdoa dan berzikir, kita akan jadi lebih tenang dan pengeluaran susu akan berjalan lancar. Lagipun kalau x doa,  x mintak dengan Allah, macammana Allah nak perkenankan doa kita. Lagipula emosi yg x stabil atau senang citer time stress dan tension,  pengeluaran susu akan terbantut.

5. Makanan tambahan.
Nurul memang setia dgn shaklee sejak masa myusukan ammar lagi. Sebab terbukti dari susu cair, makin pekat. Dari susu sikit,  makin mencurah curah.  Nurul akan amalkan minum ENERGISING SOY ROTEIN  @ ESP setiap kali lepas mengepam. Sebab kandungan protein yg tinggi dlm esp ni buatkan kita kenyang dan memberikan bekalan secukupnya untuk proses balik susu setelah payudara dikosongkan sebelum itu. Disamping ti nurul jugak amik ostematrix supaya tulang nurul dan bayi lebih kuat kerana ostematrix  ni adalah supplement yang kaya kalsium.

6. Mind setting..
Fikiran ibu kena set untuk menyusukan anak secara berterusan. Jangan asik pikir negatif je. Ibu yang bekerja dan pada waktu yg sama menyusukan anak memang akan menggalami ujian yang getir..banyak ranjau berduri kena tempuh..cewah..yelah dengan nak uruskan hal kerja,  tapi pada masa yang sama kena komited dgn tugas tuk pam susu secara konsisten. Time nak pam tulah bos panggil,  time tulah keje belambak. Nak susu banyak bukan boleh pam pagi sekali lepas tu tgh malam karang sekali. Kena konsisten.  Setiap 3jam sekali. X boleh ngelat2.

Semoga sesikit sebanyak perkongsian nurul ni dapat menampahkan lagi pengalaman dan pengetahuan ibu2 diluar sana.

Sekian.
Fb  @ Nurul Harliza Said
(Shaklee Independent Distributors)
Sms/ Whatsapp  @0127520242

Tiada ulasan:

Catat Ulasan