Khamis, 27 November 2014

Panas dalam?

Assalammualaikum.

Hari ni nurul x berapa sihat. Hujan dan panas yang x menentu selama beberapa hari membuatkan badan dah mula seram sejuk. Pulak tu duduk dlm bilik aircond. Sejuk yang sedingin salju terasa seperti dinginnya air batu.

Sustained release vitamin c pulak dah kehabisan. Selalunya kalau rasa seram sejuk nurul akan telan vit c 2 biji,  b complex 2 biji dan esp segelas,  in shaa Allah lepas tu trus kebah.

Time2 seram sejuk ni en suami ajak pegi lunch same2..terus ajak pegi crik air cikong panas. Nasib baik jumpa. Kenapa crik cikong panas? Sebab cikong ni boleh menurunkan panas dalam, mengubati batuk dan lain2 khasiatnya tp make sure panaslah jgn minum cikong sejuk pulak. Bukan makin baik makin sengsara nanti. 

Apa kandungan dlm air cikong ni? Airnya tu adalah air kembang semangkuk yg direndam. Kembang semangkuk ni bagus untuk turunkan panas dlm dan mngubati batuk. Kalau batuk biasanya nurul rendam buah kembang semangkuk ni dgn 2 3 ketul gula batu. Bila dah kembang dia akan terbentuk seperti agar2 dan memenuhi cawan tu. dan bolehlah diminum airnya.


selain dari buah kembang semangkuk biasanya ada beras barli, buah kabung, gula melaka, laici dan halwa kundur. Dan x lupa jugak bijik selasih. Semua kandungan dlm air cikong ni memang bertujuan untuk turunkan kepanasan badan. Sebab tu jadi salah kegemaran family nurul. yok kongsi minuman kegemaran korang.


Fb@ Nurul Harliza Said

(Shaklee Independent Distributors)

Sms / Whatsapp  @ 0127520242

Tiada ulasan:

Catat Ulasan