Khamis, 13 November 2014

Breast cancer stage 4

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ingat x nurul pernah janji nak cerita pasal kanser payudara vs nurul.?
Ape kaitan kanser payudara ni dgn kehidupan nurul?
Siapa yang kena kanser payudara ni?

Sebenarnya Kanser no .1 pembunuh bagi kaum wanita ni jadi kawan baik pada mak nurul. Mak kandung nurul disahkan menghidap kanser payudara tahap 4. Nurul nak cerita macam mana kehidupan kami bila mak disahkan menghidap penyakit ni. Harap2 yang membaca tak rasa jemu atau meluat ye. Saje nak kongsi pengalaman.

Pada tahun 2007 mak nurul  mula sakit2 pinggang. Sebelum tu mak x pernah ada apa2 penyakit. Demam selsema tu biasalah. Bila selalu sangat sakit pinggang, maka mak pun buat pemeriksaan di klinik. Tuan doktor kata mak sakit pinggang sebab gemok sangat. Oh lupe nak mention badan mak ala2 macam wan maimunah. Tp tinggi lagi..retis mak I tau. Dan tuan doktor suruh mak diet, suruh mak kuruskan badan. Tapi sakit pinggang mak makin hari makin teruk sampai mak dapat high blood pressure atau darah tinggi gara2 x boleh tido menahan sakit tiap2 hari. Cuti sakit jgn ceritalah..memang byk.masa tu mak dgn nurul kerja satu kilang. Mak operator nurul kerani biasa. Nak dijadikan cerita satu hari masa mak baring2 sambil picit2 badan dia,  mak teraba satu ketulan kat bahagian payudara dia. Sebab x sedap hati,  mak pegi buat pemeriksaan kat klinik dokter zaleha kat masai. (Doktor dia perempuan berumur tapi brutal tau). Doktor zaleha cadangkan mak pegi buat mammogram kat hospital. Kebetulan masa tu ada promosi separuh harga sempena hari ibu. So mak pun buat mammogram dan bila dirujuk ke hospital sultan ismail mak kena buat pembedahan untuk keluarkan ketumbuhan tu. Masa tu doktor x dapat pastikan sama ada tu ketumbuhan biasa atau kanser.

Satu hari mak bangun tido sekitar pukul 3 pagi. Mak turun nak pegi dapur sebab nak minum air. Bila dah sampai dekat bawah tibe2 mak rasa pening. So mak nak duduk, tp nasib tak menybelahi mak. Masa mak nak letak punggung atas kerusi,  ntah macam mana mak terpeleot dan tanggan mak terkepak kat atas tempat letak tangan kerusi. Lepas tu mak  terus sambung tido dalam keadaan kesakitan. Besoknya nurul tanya mak sama ada mak nak pegi klinik atau  tidak tp mak tak nak pegi . Kate mak xde ape2 yang series. So nurul pun pegi keje macam biasa. Masa ni mak dah berhenti kerja diatas nasihat majikan sebab selalu cuti sakit. Petang tu masa btol2 tengah azan maghrib mak tengah baring kat bilik. Nurul kat ruang tamu. Tiba2 nurul dengar bunyi macam tingkat kaca berlaga sesama sendiri. Terus teringatkan mak kat bilik atas. Bila nurul lari naik atas nurul nampak mak dah meronta ronta sambil mulut meleleh leleh air liur. Mak kena sawan! ! Sambil nangis2 call abah sebab masa tu abah keluar pegi kedai. Bila abah balik kami pun bawak mak pegi hospital wakaf an nur. Dari situ doktor transfer mak pegi HSI.

Bila dah sampai HSI,  stelah disiasat rupa2nya tekanan darah mak naik terlalu tinggi hingga menyebabkan mak kena sawan. Dan yang paling memeranjatkan,  tangan mak patah. Dokter sendiri hairan macam mana senang sgt patah sedangkan jatuh sikit je dan umur mak masa tu baru 40an. Lepas tu dokter buat mcm2 ujian dan barulah dapat dipastikan yang mak menghidap kanser payudara tahap 4 yang telah merebak ke tulang,  dan mengikut pengalaman doktor mak cuma boleh bertahan selama 6 bulan je. Ya Allah masa tu dalam hati Allah je yg tau..mak call bagitau nurul dekat opis masa tu. Lepas letak telefon terus lari masuk bilik air . Menangis semahu mahunya..Allahhuakbar..Allahhuakbar.. mcm manalah mak nak hadapi kanser ni..brapa lama mak boleh hidup.. macammana keadaan mak lepas ni.. apejadi dgn kitorang kalau mak takde.. apekitorang nak buat ni..semua bermain main kat fikiran nurul.. tapi bila depan mak nurul tahan semua air mata. Nurul xnak buat mak susah hati,  xnak buat mak sedih. Bermula dari detik itu, mak pun menjalani kehidupan sebagai pesakit kanser. Sejak dari hari tu memang kehidupan kitorang sekeluarga berubah 360 darjah. Mak dah x seceria dulu. Dah x sekuat dulu. Terutama bila dia start buat kemoterapi. Mak kena buat 6x kemoterapi dan lebih 30x radioterapi. YaAllah masa tu x tahan air mata tgok keadaan mak. Rambut dan segala bulu kat badan mak gugur, kepala botak, bulu mata bulu kening pun xde,  berkudis sana sini,  kulit macam mat gian, kurus tinggal rangka je. Makan x lalu.semua xnak..tapi bersyukur sangat2 waktu2 macam ni abah tatang mak macam minyak yang penuh. Segala keperluan mak abah sediakan. Dari mandi,  buang air,  makan,  ubat semua abah uruskan. Abah x tido malam sebab jaga mak,  abah terkejar kejar kat tempat keje sebab nak masakkan untuk mak. Abah lambat masuk keje sebab nak mandikan mak. Memang abah yang terbaik buat mak (mata masuk habuk)  masa tu pun abah jaga arwah nenek yang tengah sakit tua.

Masa tu kami sekeluarga buat sehabis baik untuk mak. Bergolok bergadai tuk belikan ubat2 yang katenya bagus,  katenya mujarab. Sampailah satu hari bila doktor tanya mak supplement apa yg mak makan. Mak kate mak makan pati g****. Doktor terus bagitau mak yang binatang tu x bagus untuk pesakit kanser sebab dia mengaktifkan sel kanser. Patutlah keadaan mak makin lemah. Start dri tu mak serik nk cuba ubat2 luar. Mak memang bergantung sepenuhnya dengan ubat dan rawatan hospital. Mak kena operation 2x untuk buang ketumbuhan dan buang kelenjar. Lepas tu mak kena repeat kemoterapi dan radioterapi lagi. Bukan setakat tu, seperti pesakit kanser payudara yang lain,  doktor cadangkannmak untuk buang keseluruhan payudara supaya x merebak. Tp payudara mak xade luka atau apa2 kudis. Mak tanya doktor balik,  kalau mak buang payudara dia, doktor pasti k kanser tu x merebak. Jawapan eoktor masa tu dia sndri x pasti. Jadi mak tolak cadangan doktor. Kemudian doktor cadangkan mak untuk tukar tulang tangan yg patah tu sebab sel kanser dah merebak ke situ dan tulang bahagian leher. Doktor suruh mak tukar dgn besi yang kosnya mencecah 40 ribu atau pun tukar dgn tulang org mati yang manankosnya cuma seribu. Ajegile?? Itu je yang kami anak beranak pikir. Dan mak tetap dgn soalan dia, kalau tukar tulang,  donfirm ke mak sihat. Korang pun mesti dah dapat agak ape jawapan doktor dan apa keputusan mak kan.

Nurul selalu dengar mak mengeluh bila dia balik dari checkup. Sampai bila semua ni akan berterusan. Sebulan 3 4x appointment dgn hospital..ubat macam butir2 nasi banyaknya yang perlu di telan.. pbils pegi hospital mesti ubat yang dapat umpama macam gula2 banyaknya. tapi hairan..walaupun mak mengeluh penat tp mak buat jgk,  mak telan jugak.
Mak x pernah putus asa. Nurul x tau dari mana kekuatan yang mak dapat. X tau apa yang buatkan mak semakin  bersemangat. Mungkin sebab sokongan nurul dan abah yang selalu bg kata2 semangat. Mungkin dia fikir nak tgok satu2nya anak perempuan dia ni naik pelamin. Mungkin sebab x sanggup tinggalkan adik yang kecik lagi masa tu. Semangat mak tu membuatkan ramalan doktor yang mak cuma boleh bertahan hidup selama 6 bulan terpesong jauh. Menjadikan mak lebih kuat untuk lawan kanser tu. Dan sekarang dah lebih 7 tahun kanser tu jadi kawan baik mak. Sekarang keadaan mak x macam dulu. Kesan dari kemoterapi dulu tu Kulit mak jadi lebih lembut, rambut pun semakin lebat. Sekarang Mak boleh kehulu kehilir,  mak boleh jaga cucu,  boleh jual nasi lemak dan air tebu. Tapi Itu cuma luaran. Bila mak penat skit je peluh mak macam air hujan. Bila keje lebih je tulang2 mak semua bisa, bila mak lasak je mak boleh demam 2 3 hari. sebenarnya kanser mak makin teruk. Dari 5 % yang merebak ke tulang,  sekarang dah lebih 50 %. Tapi nurul betul2 kagum dgn mak. Mak sentiasa berfikiran positif. Mak sentiasa berdoa yang baik2 je. Nurul rasa sebenarnya jauh disudut hati mak,  mak mesti menangis sorg2 mengenang nasib diri. Mesti dalam solat mak merintih meminta kesembuhan. Itu jgklah rintihan nurul. Semoga mak lebih sihat dan andai ajal mak menjemput,  nurul cuma berdoa agar sakitnya diringankan. Sesiapa ya masih membaca sampai akhir cerita ni,  ku pohon sedekah kan Alfatihah pada mak supaya ada sinar harapan untuk mak sembuh dan bebas kanser. Nurul xkan upload apa2 gambar berkaitan dgn kanser yang mak alami, dan xkan siarkan gambar2 mak masa mak sakit sebab tu permintaan mak...sebagai anak nurul cuba apa sahaja supaya mak gembira. Semoga mak diberi kesembuhan yang sempurna. Kasih sayang mak dan penat lelah mak membesarkan nurul xkan boleh nurul balas walau dgn titisan darah sekalipun. Pesan nurul pada suami2 atau anak2 yg alami situasi yang sama, jangan sekali kali sebarkan benda negatif pada pesakit. Sentiasa buat dia gembira. Sebab bila dia gembira, sel kanser lambat bergerak. Tapi bila dia susah hati,  sel kanser akan merebak dgn lebih cepat. Dan paling penting kena jaga hubungan dgn Allah s.w.t sebab Dia Maha berkuasa.

Sekian..
Nurul harliza said
( Shaklee independent distributor )
Sms@ whatsapp 0127520242
Fb@ Nurul harliza said

2 ulasan:

  1. 💐Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
    💐 Jom viralkan berita baik ni untuk pesakit kanser

    1) Ni tentang hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 ambik penawar yang harga berpatutan tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.Sebelum tu nak pesan,jangan abaikan temujanji doktor kalau ada.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan asbab penawar ni yg berunsurkan ubatan bahan semulajadi yg selamat diambil. Walaupon bahan semulajadi tapi amat berkesan sambil merawat bukan sekadar melegakan untuk sementara waktu.

    Saya rasa xlengkap kalau saya explain satu persatu setiap jenis ubat ni.Lebih baik tanya sendiri pengasasnya sebab tiap penyakit ade ubt yang khusus. Baik bertanya sendiri pada pengasasnya dan beritahu anda sakit apa.Dia akan explain semuanya.

    3)Pengasas jus ni dh banyak berdepan dengan pesakit2 kanser, ade ramai yg dh sembuh.


    Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni,sy sdri pon guna produk die dh 3thn.

    Sy nak share ubat ni pd org lain jugak, tiada penyakit yang tiada ubat selain daripada mati, cubalah sebab setiap penyakit ada harapan sembuh.Kelemahan hati + putus asa akan lebih memudarat kan penyakit.TAPI JANGAN ABAIKAN APOINTMENT DOKTOR kalau ada.

    Nanti kalau nak ikhtiar dgn ubatan dia,blh la join group whatsApp pejuang2 kanser,pengasas ada dalam group tu jugak, boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl,contohnye:
    ~~~~~~~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dia dh sembuh walaupon doktor bgtau dia boleh hidup 1tahun je lagi.
    Dia mengarang sebuah buku berkenaan pengalaman sendiri melawan kanser dengan mengambil penawar jus ini sebagai rawatan alternatif selari dengan rawatan doktor (nk buku nti blh order)
    ~~~~~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg dah sembuh dr kanser jus ni diambil selari dgn rawatan hospital.Apoinment x miss
    ~~~~~~~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Gurunya beritahu dia tak pernah nampak macam pesakit kanser tahap 4, sebab sentiasa nampak cergas.Asbab jus yang memberi tenaga dan merawat.Dia minum jus ni dari kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ~~~~~~~~
    ▪Nani Faiza - kanser Usus Tahap 4 dan ketulan kanser 10cm telah merebak ke hati, bersabar dan setia merawat dengan jus herba ini tanpa mudah putus asa,sekarang sudah sembuh sepenuh nye. sel kanser sudah tiada.
    ~~~~~~~~
    ▪Pn. Rugayah Jilani -
    Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- sudah sembuh !
    ~~~~~~~~
    ▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.
    ~~~~~~~~

    ▪Puan Nor Sabariah
    - Ada asthma sejak 11tahun dulu
    -Selalu jatuh sakit sebab sesak nafas dan semput ,adakalanya kalau semput sampai tak mampu berdiri dan kena merangkak untuk bergerak
    -Sering bergantung pada inhaler setiap pagi
    -Setiap kali batuk teruk akan sesak nafas dan akan ke klinik untuk sedut gas
    -Lepas minum jus herba, dia xsemput lagi setiap kali batuk teruk. Dah xpergi klinik lagi sedut gas, setiap waktu pagi xperlu guna inhaler macam dulu.
    ~~~~~~~~
    5) Pesakit yang dah sembuh dari kanser menjalani kimo dan wajib minum jus kalau tak nanti effect dari kimo sangat ketara lemah nya jika tak ambil langsung.

    👍🏻In sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 yg lain

    NOTE :
    Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN macam produk2 lain yang masukkan herba2 biasa. Ia boleh diambil sebagai suplement.

    Call order wasap@call
    En mohd zuhairi 0174687570
    0174687570

    #sharing is caring

    BalasPadam