Isnin, 10 November 2014

Pantang larang semasa hamil

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni nurul nak share pantang larang yang diturunkan oleh nenek,  mak, mak mertua dan orang sekeliling nurul mase nurul mengandung.

Antaranya Jangan baring sambil letak kaki lebih tinggi dari kepala. Katanya nanti susah bersalin. Nurul mmg ada habit bila baring,  kaki kena lbih tinggi dari kepala. X kisahlah letak atas kerusi ke atau sandar kat dinding. Tapi mase mengandung memang nurul x buat tabiat ni..takut woo...

Jangan biar lesung batu x berbasuh dalam singki. Pun susah bersalin. Tapi agaknya x nak singki semak kot. 

Banyakkan makan betik,  kulit anak cerah. Mungkin jgk kot sebab ngandung anak no.2 mmg suka sgt makan betik. Dan dia lebih cerah dari abang dia. Tapi yang bestnya mestilah x sembelit masa ngandung. 

Jangan minum kopi nanti anak gelap. Tapi anak yang sulung walaupun glap tapi kulit dia cantik. X pernah kena campak atau ruam.

Jangan duduk atas tunggul kayu nanti anak songsang. Yang ni mak mertua sendiri alami. Yelah penat2 berkebun mestilah nak duduk. Pulak tu duduk kat mana dan je. Bila bersalin anaknya bukan songsang lagi tapi keluat bontot dulu. Seksa katenya. Yang ni mmg nuul ikut btol2.

Lepastu bila baring atas bantal jangan lipat bantalnya. Nnt masa bersalin pun bdn anak2 berlipat.

Jgn bagi suami pegi memancing,  jangan tebas2 semak,  jangan aniaya binatang. Itu sahaja yang nurul ingat untuk masa ni. Diharap dapat meluaskan lagi pengetahuan anda. Kalau ada pantang larang yang ingin dikongsi bersama, jangan malu2. Semoga berjumpa lagi .

Tertunduk tunduk mencari lokan,
Untuk dijual kepada si nyonya,
Pantang dan larang jangan diabaikan,
Menjadi panduan kini dan selamanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan