Selasa, 23 Disember 2014

Bukan SID biasa

Assalammualaikum. Untuk makluman anda Nurul telah menghadiri bengkel nutrisi shaklee yang telah diadakan pada 20 disember 2014 bertempat di 11 @century hotel di johor bahru. Ini merupakan kali pertama nurul menyertai bengkel nutrisi anjuran shaklee. Memang tak rugi bila sertai bengkel ni. Sebab nurul  dpat belajar satu persatu mengenai produk kesihatan shaklee ni. Sebelum ni nurul cuma belajar melalui pembacaan di internet,  buku nutrisi dan perbincangan dgn rakan2 sahaja. Tapi setelah menghadiri bengkel nutrisi ni nurul telah dapat maklumat mengenai produk dgn lebih jelas lagi. Secara tidak langsung menjadikan nurul shaklee independent distributors yg lebih berilmu. Ada sebarang pertanyaan? Hubungi nurul sebab nurul bukan lagi SID biasa.

Nurul Harliza Said
Fb@ Nurul Harliza Said
Sms / Whatsapp@ 0127520242
Page@  kaseh ibu
Blog@ www.kasehmelur.blogspott.com

Rabu, 17 Disember 2014

Set Dalam Pantang

Assalammualaikum hari ni nurul nak cerita serba sedikit mengenai set berpantang dari shaklee. Biasanya bila kita dalam pantang,  jururawat akan nasihatkan untuk tidak mengambil sebarang jamu bagi mengelakkan bayi terkena jaundis atau demam kuning. Ini kerana jamu diperbuat daripada bahan2 yang berunsur panas. Itulah keistimewaan supplement shaklee kerana I boleh diambil x kira masa kerana tidak akan menyebabkan kekuningan pada bayi. Srt berpantang shaklee sangat2 bagus kerana fungsi setiap produk yg sangat optimum dan dapat disesuaikan mengikut kondisi badan seseorang.

Dalam set berpantang shaklee ni ada beberapa produk antaranya adalah :-
1. Esp (Soy protein isolate powder)
Fungsi esp adalah membekalkan tenaga yg optimum disamping membantu penghasilan susu yang lebih bayak dan pekat. Esp ni seelok eloknya diambil sejak awal kehamilan lagi. Malahan yg x mengandung punboleh minum sebab esp ni tidak mengandungi gula tambahan dan membantu menurunkan kadar kolestrol dalam badan.

2. Alfalfa
Alfalfa membantu membuang toksin dalam badan dan merupakan milkbooster terbaik. Selain dari membantu penghasilan susu ibu yang mencurah curah, ia juga berfungsi sebagai kacip fatimah moden dimana membantu merapatkan vagina serta mengatasi masalah keputihan. Namun harus diingatkan alfalfa hanya boleh diambil setelah 2 minggu melahirkan. Alfalfa juga merupakan raja segala tumbuhan.

3. Ostematrix
Merupakan sumber kalsium terbaik kerana ia membekalkan 1000mg boron,  400mg magnesium,  400IU Vitamin D, mangan,  tembaga dan zink. Selain dari turut membantu memperbanyakkan susu ibu, Ostematrix juga  membantu menghilangkan masalah sengal2 badan, sembelit dan bantu memguatkan tulang.

4. B- complex
Membekalkan tenaga, melawan simptom kemurungan dan meroyan,  mencegah penyakit anemia serta memelihara kulit, kuku, rambut dan otot. B complex juga merupakan anti stress terbaik.

5. Sustain Released Vitamin C
Membantu penyembuhan luka dgn lebih cepat,  mencegah jangkitan dan selsema, antioksida yg kuat, membantu tumbesaran dan membaiki tisu2 dalam badan,  membantu membaiki tulang, rawan dan gusi.

6. Lecithin
Membantu memecahkan lemak. Selain dari ibu lebih cepat langsing,  ia juga membantu mengatasi masalah bengkak susu.

Selasa, 9 Disember 2014

Antara Redha dan Rela

Assalammualaikum. .
Tajuk entry hari ni setelah lama menyepi..antara redha dan rela. Seberapa kuatkah iman kita dan seberapa sabarnya hati kita hanya dapat dilihat ketika kita dikurniakan ujian dari Allah. Knp nurul kata ujian itu adalah kurniaan..kerana Allah tidak akan mengabaikan hamba yang disayangiNya. Bersyukurlah kita kerana segala ujian dan dugaan dari Allah merupakan tanda yang kita berada dalam dakapanNya.

Teringat dulu masa kami suami isteri didatangkan ujian yang tak tertanggung rasanya. Hampir setahun bernikah masih belum dikurniakan cahaya mata. Sebulan sebelum ulang tahun pernikahan yang pertama, suami mengalami kemalangan jala raya yang menyebabkan dia mengalami kecacatan sehingga kini, sekaligus mengubah hidup kami sekeluarga.  Dugaan cuma Allah yang tahu tapi kami suami isteri saling menyokong dan kuatkan pergantungan dgn Allah. Sebab talian untuk berhubung dgn Allah tak pernah sibuk,  tak pernah xde liputan dan takkan ditamatkan perkhidmatannya. 

Selepas Allah turunkan ujian yg hebat tu Allaj bagi kami rahmat. Nurul disahkan hamil dan sepanjang tempoh kehamilan dan dalam pantang, suami sentiasa ada disisi. Walaupun mase tu dia x mampu bergerak sendiri tapi sekurang kurangnya dia ada dengan nurul.


Moral of the stories. .bersangka baiklah selalu dgn Allah s.w.t

Jumaat, 5 Disember 2014

Murah..murah..

Assalammualaikum...

Ha nak bagitau bulan ni shaklee baik hati lagi bagi 3 promo sekaligus. 

BUY 6 FREE 1 vitamin C

BUY 6 FREE 1 vitamin E  

BUY 3 FREE 1collagen powder shaklee

Seronoknya dgr. Sebab apa sebab ketiga tiga vitamin ni kalau diamalkan akan memberikan kesan yg sangat menakjubkan pada kulit kita. memang menjadi pujaan dan idaman para wanita.

Bukan tu je banyak lagi khasiat vit c, vit e dan collagen powder ni..tggu entry akan dtg ye..
Jom contact nurul untk dptkan harga yg lebihhhhhh murah

Fb@ nurul harliza said
(Shaklee Independent Distributors)
Sms / Whatsapp@ 0127520242


Ahad, 30 November 2014

Pantang selepas bersalin

Assalammualaikum.

Mesti ibu ibu yang sedang menantikan kelahiran bayi kompius nak makan jamu apa masa berpantang nanti. Nak makan jamu tu ke nak makan jamu ni ke. Semua aspek diambil kira. Berapa barang ada dlm satu setlah, satu set tahan berapa lamalah. Harga paling mahal,  paling murah. Dan paling penting berapa byk lemak boleh hilg kalau makan jamu bersalin tu.

Bagi nurul,  mestilah shaklee yg terbaik. Walaupun xde diserta kan bengkung sekali tapi supplement2 nya memberikan khasiat 1001 kebaikan. Lagi satu supplements shaklee ni xkan bg kesan buruk mcm panas ataupun kuning pada bayi.

Nurul akan kupas satu persatu pasal set berpanrang shaklee ni di lain waktu ye nak bobokkan anak dulu.

Bayi dalam dulang.

Assalammualaikum.

Hari tu borak2 dgn mak dan jiran2..mak keluarkan satu cerita. Kata mak org dulu2 ada 1 kebiasaan dimana kalau bayi baru lahir diletakkan dalam dulang yg dialas 7 helai kain batik. Dalam dulang tu juga di tabur dengan beras. Setiap kali waktu malam kain batik tu akan ditarik satu persatu. Sampailah tali pusat bayi tu tanggal. Bila dah tanggal,  beras dalam dulang tadi tu akan dibuat bubur putih merah untuk disedekahkam pada jiran2.
Kata mak nurul dulu mak buat macam tu sebab arwah nenek yg suruh. Kononnya sebab orang dulu2 xde kalendar dan pita pengukur. Jadi panjang bayi akan dikira mengikut panjangnya dalam dulang tu dan kain batik tu mewakili hari. Tapi nurul lahir tahun 1985. Hurm....

Fb@ Nurul Harliza Said
(Shaklee Independent Distributors)
Sms / Whatsapp@ 0127520242

Khamis, 27 November 2014

Panas dalam?

Assalammualaikum.

Hari ni nurul x berapa sihat. Hujan dan panas yang x menentu selama beberapa hari membuatkan badan dah mula seram sejuk. Pulak tu duduk dlm bilik aircond. Sejuk yang sedingin salju terasa seperti dinginnya air batu.

Sustained release vitamin c pulak dah kehabisan. Selalunya kalau rasa seram sejuk nurul akan telan vit c 2 biji,  b complex 2 biji dan esp segelas,  in shaa Allah lepas tu trus kebah.

Time2 seram sejuk ni en suami ajak pegi lunch same2..terus ajak pegi crik air cikong panas. Nasib baik jumpa. Kenapa crik cikong panas? Sebab cikong ni boleh menurunkan panas dalam, mengubati batuk dan lain2 khasiatnya tp make sure panaslah jgn minum cikong sejuk pulak. Bukan makin baik makin sengsara nanti. 

Apa kandungan dlm air cikong ni? Airnya tu adalah air kembang semangkuk yg direndam. Kembang semangkuk ni bagus untuk turunkan panas dlm dan mngubati batuk. Kalau batuk biasanya nurul rendam buah kembang semangkuk ni dgn 2 3 ketul gula batu. Bila dah kembang dia akan terbentuk seperti agar2 dan memenuhi cawan tu. dan bolehlah diminum airnya.


selain dari buah kembang semangkuk biasanya ada beras barli, buah kabung, gula melaka, laici dan halwa kundur. Dan x lupa jugak bijik selasih. Semua kandungan dlm air cikong ni memang bertujuan untuk turunkan kepanasan badan. Sebab tu jadi salah kegemaran family nurul. yok kongsi minuman kegemaran korang.


Fb@ Nurul Harliza Said

(Shaklee Independent Distributors)

Sms / Whatsapp  @ 0127520242

Arjuna Beta

Sekarang ni tengah popular lagu Fynnjamal yang bertajuk Arjuna beta. Pertama kali dengar lagu ni xdelah rasa apa2 cuma tertarik dengan bait2 ayatnya yg begitu puitis dan menusuk kalbu. Nurul lebih tertarik dgn personaliti penyanyinya yg begitu slumber dan rilex. Nurul memang  xtau langsung pasal dia ni tapi mula tertarik dengan kisah dia bila satu hari mak nurul ajak borak pasal dia. Ko kenal x fynnjamal tu? Penah dgr x lagu dia yg arjuna beta tu. Kita ni masuk kereta je terus tekan pedal minyak..x dan nak on radio nak dgr lagu2 baru. Tapi mak yg duduk kat umah memang lebih maju mengupdate halwa telinganya. So pegilah google pasal fynnjamal dan lagunya ni. Kalau x silap dia ni penah jadi cikgu kat afganistan. Dah kawin lame tp blom ada rezeki menimang cahaya mata. Jadi dia amik anak angkat dan anak angkat dia ni ada penyakit autism. Arjuna tu nama anak dia tulah. Jom nurul share skit lirik lagu Arjuna beta ni..

Takkan ku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul anaknda
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhan mu ada
Takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anaknda

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhan mu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Dunia Adalah Jambatan

Assalammualaikum...nurul nak kongsi sedikit sedutan dari ceramah udt Pahrol Mohd Joui yg disiarkan dlm radio Ikim..semoga bermanfaat pada pembaca semua

Ust Pahrol Mohd Joui.
Dunia Hanya Jambatan
Ikim.fm 26.11.2014
***************

^dua nikmat besar iaitu nikmat iman dan nikmat islam adalah utk keselamatan kita di dunia dan di akhirat
^kata muqarrabbin........"jika dunia ini diibaratkan sebagai emas yg cepat rosak dan juga sebagai tembikar yg diawet (tahan lama)........org akan memilih tembikar tersebut berbanding dgn emas
^dunia ini penuh dgn kekeruhan (sakit, susah, tak selesa, duka dan nestapa)
^akhirat (syurga) sedikit pun tiada kekeruhan
^dunia adalah halangan utk kita ke akhirat
^akhirat itu lebih baik dari dunia
^ Surah An-Nisa, Ayat 77
Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat". (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun".

^mencintai syurga (akhirat) tidak semestinya kita meminggirkan dunia
^jadikan dunia ini sbgai modal utk kita ke akhirat
^dunia hanyalah alat (jambatan) utk ke akhirat.
^'nikmat' (kaya, pangkat, kecantikan, pakaian, makanan, kesihatan, anak2, isteri) dunia haruslah ditukarkan kpd 'rahmat' utk akhirat (sesuatu yg bernilai di akhirat)
^nikmat dunia harus ditukarkan dlm bentuk taqwa, kerana hanya taqwa shj yg akan dipandang oleh Allah di akhirat nanti
^buatlah persiapan sebaik mungkin utk bekalan kita di akhirat.
^dua perkara yg membawa kita ke syurga
  1. Taqwa (hubungan dgn Allah)
  2. Akhlak (hubungan  dgn manusia)
^utk menyampaikan message yg baik (dakwah), kita dulu harus menjadi message itu sendiri.

Bagaimana utk istiqmah dlm melakukan kebaikan??
1. Jgn fikirkan yg banyak.......biar sedikit tapi konsisten
2. Buatlah amalan2 secara berjemaah supaya ada kekuatan utk iatiqamah
3. Tambahkan ilmu.......kerana ilmu akan mendorong kita utk istiqamah
4. Istiqamah itu milik Allah, maka pohonlah kpd Allah agar kita boleh istiqamah dlm beribadat

Dunia ini singkat dan dekat, akhirat itu jauh tetapi berpanjangan (kekal)
Gunakan 'dunia' utk kebaikan akhirat..

Selasa, 25 November 2014

Sabun vs Basic H

Assalammualaikum.

Mesti ramai ibu2 yg menggunakan sabun basuh pinggan sebagai agen pencuci untuk botol susu anak2 kan. Bukan x boleh tapi tidak digalakkan. Sebab sabun basuh pinggan biasa mengandungi bahan kimia dan bahan2 yang x sesuai untuk kanak2.

Sejak kenal dgn pencuci serbaguna dari shaklee nurul memang pajak Basic H ni untuk anak2. Semua botol susu dan makanan yg perlu dibasuh nurul akan gunakan khidmat mr.basic h. Jimat, tiada bahan kimia, tiada paraben dan tiada toksik.

Macam2 kegunaan basic h ni. Bukan setakat Untuk mencuci sahaja malah untuk mengurangkan demam anak2 , mengurangkan alahan dan ruam seperti ruam lampin dan ruam susu pada bayi,  kurangkan sakit gigi,  dan macam2 lagi. Pokoknya memang wajib ada di rumah.

Sebotol boleh tahan lebih dari 6 bulan tapi disebabkan semua benda nurul gunakan Basic H ni maka x sampai 6 bulan dah habis. Seronok guna basic h ni. Nak mop guna 6 titik je untuk sebaldi air. Nak rendam kain buruk atau basuh buah2an dan sayur2an guna 2 3 titik je. Berbaloi sangat2. Ada pape pertanyaan boleh rojer2 I..

Fb@ Nurul Harliza Said
(Shaklee Independent Distributors)
Sms / Whatsapp@ 0127520242

Isnin, 24 November 2014

Mealshake tamat tempoh?

Assalammualaikum.

Mesti ramai ibu2 yang nak tau pasal Mealshake tamat  tempoh ni kan.

Sebelum tu kita berkenalan dulu dgn   Mealshake ni. Mealshake adalah salah satu supplement dari shaklee yg dibuat khas untuk kanak2. Tapi org dewasa pun boleh minum. Mealshake ni berperisa vanilla dan cara makan untuk kanak2 cuma campurkan 1 sudu teh ke dalam suau mereka,  sehari sekali sahaja. Mealshake ni mengandungi semua vitamin dan khasiat yg diperlukan oleh kanak2. Sebab tu ia sgt2 disyorkan kepada kanak2 yg mudah sakit, cerewet makan, obesiti, terlalu kurus dan sembelit.

Mealshake ni x macam vitamin lain yg tahan bertahun tahun. Jangka hayat mealshake cuma 6 bulan sahaja. Dan mealshake ni kena disimpan dlm tempat yg kering dan lembab ye  seperti dalam peti aisle. Kalau x tekstur mealshake tu akan rosak dan khasiatnya hilang.

Macam gambar dibawah ni. Mealshake yg warna putih tu  masih dlm keadaan baik. Tapi mealshake yg warna kekuning kuninggan Dan kering tu dah x boleh pakai. Kalau diberi juga pada anak2 biasanya akan memberi kesan yg buruk pada anak2. So berhati hati ibu bapa. Lagi satu mealshake ni x boleh dibancuh dgn aor panas ye. Nanto khasiatnya hilang. Cukup air suam sahaja. Semoga bermanfaat.

Fb  @ Nurul  Harliza said
(Shaklee Independent Distributors)
Sms / Whatsapp 0127520242

Ahad, 23 November 2014

Masuk Jawi

Assalammualaikum.

Cuti sekolah  dah bermula. Makanya banyaklah kenduri kendara meraikan pengantin. Tak ketinggalan jugak ramailah kanak2 lelaki yang didaftarkan untuk bersunat atau berkhatan. Atau org kedah panggil masuk jawi.

Kalau org dulu2 berkhatan kat rumah je. Duduk atas batang pisang. Berarak satu kampung, kenduri doa selamat,  berendam dalam sungai, tok mudim pun dtg rumah. Dulu budak2 paling takut dgn tok mudim. Asal sebut tok mudim je semua lari. Sekarang nak berkhatan senang je, pegi klinik x sampai setengah jam dah siap. Tapi x rasalah kemeriahan macam dulu2.

Memandangkan anak2 nurul dua2 hero,  maka nurul selalulah amik tau pasal bersunat ni. Kate org x boleh tggu lama2 nnt makin susah nak sunat. Xtaulah betul ke x tapi semalam borak2 dgn jiran yang bukan islam sebelah rumah ni,  anak dia darjah 6 baru disunatkan,  bayarannya lebih mahal. Jiran nurul ni org serawak..mungkin mereka pun dah tau kelebihan bersunat ni sebab tu walaupun bukan islam dorang tetap amalkan amalan bersunat.

Kata orang,  orang yg bersunat ni sama macam perempuan dalam pantang melahirkan. Makannya, aktivitinya semua kena ikut pantang sebab takut bentan. X boleh minum air banyak2. X boleh makan yang bukan2 sebab takut lambat baik. Ingat dulu mase adik kena sunat,  mak bekalkan dia senduk kayu. Bila dia rasa sakit atau beberd dia menegang,  dia kena ketuk lutut dgn senduk tu supaya kembali normal.

Ataupun boleh bagi anak2 tu makan chewable vit c dan zink untuk membantu penyembuhan luka dengan lebih cepat. X mahal pun sebotol x sampai pun rm40.00. Jom beri yg terbaik buat anak2 anda

Fb  @ Nurul Harliza said
Sms /Whatsapp 0127520242

Jumaat, 21 November 2014

Silica gel, yay or nay?

Assalammualaikum..tau x apa itu silica gel? Silica gel ni adalah butir2 gel yang kecik2 tu yang selalunya dibungkus dalam paket kecik dan diselitkan dalam botol ubat, kotak kasut, dalam handbag, dalam kotak barang eletronik dan banyak lagi.

Apa kegunaan silica gel ni?
Silica gel ni digunakan untuk menyerap  lembapan yang terhasil dari ruang udara. Bila ada silica gel, xkan ada kelembapan. Bila xde kelembapan maka barang tu akan tahan lebih lama sebab xde ruang untuk mukus dan kulat untuk membiak.

Silica gel ni banyak jenis dan warna. Kalau nak tau bila dia dah x berguna lagi ialah bila silica gel tu berubah warna dari warna asal. Contohnya silica gel yg warna biru akan berubah menjadi warna pink bila dia dah terlalu banyak menyerap lembapan. Bila jadi mcm ni, korang boleh masukkan silica gel tu dlm oven dan dia akan menggering dan bolehlah guna semula.

Sekarang kita cerita pasal silica gel  yang ada kat dalam botol ubat tu. Hanya ubat ubatan sintetik SAHAJA yang ada silica gel ni. Ubat ubatan yang semulajadi dan natural x perlu dimasukkan silica gel ni. Sebab tu dalam botol supplement SHAKLEE xde silica gel. Sebab shaklee adalah 100% semulajadi.

Walaubagaimana pun shaklee terpaksa letak silica gel ni dalam botol vitamin kanak2. Sebab kalau kanak2 amik sendiri vitamin dorang kadang2 dengan tangan basah2 atau peluh2. Jadi Shaklee x nak vitamin tu rosak. Pun begitu shaklee buat bungkusan lain dari yg lain supaya kanak2 x menyentuh silica gel tu secara langsung dan lebih selamat. X percaya cube jengah chewable vit c atau vitalea anak2 korang.

Kesimpulannya jangan beli beg atau kasut kat kedai yang xde silica gel. Sebab nanti x tahan lama. TAPI....jangan beli supplement atau ubat2 yang ada silica gel sebab ianya adalah ubatan sintetik dan tidak semulajadi.

Semoga ilmu yg sedikit ini membawa manfaat bersama.

FB  @ Nurul Harliza Said
Shaklee Independent Distributor
Sms / Whatsapp 0127520242

Sabtu, 15 November 2014

Potato fritters.

Assalammualaikum.
Nak share resepi potato fritters.  Semalam malam hujan lebat,  perut pun nyanyi2 , so kita buatlah makanan untuk kudap- kudap. Senang je potato fritters ni rupanya.

Bahan- bahan
3 biji kentang di potong panjang2
1 labu bawang besar didadu
4 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
   Daun bawang
   Garam secukup rasa

Cara- cara.
Gaulkan semua sekali lepas tu goreng sampai garing. Dah boleh makan.
Kruk krak..kruk krak..time 3 hujan . Sedap wooo.

Kalau nak pedas boleh tambah cili api
Dan kalau rajin nak pelbagai kan boleh tambah serbuk kari ke, udang ke..suke hatilah.

Selamat mencuba

FB @ Nurul Harliza said
(Shaklee Independent Distributors)
Sam / Whatsapp  @ 0127520242

Jumaat, 14 November 2014

Cucuq kembong manis

Assalammualaikum.
Selamat pagi..
Bangun pegi2 teringin nak makan cucuq kembung manis. Selalu tgok org dok kata sedap..sedap. so hari ni nak buat sendirilah. Surprisingly anak2 suke sgt makan. Ingatkan dohnya byk sgt..mesti x habis. Sekali bila tgh goreng kejap2 abang mintak,  kejap2 adik mintak. Tak sempat nak penuh pinggan. Jom nurul sharekan resepi. Senang dan mudah sangat.

RESEPI CUCUQ KEMBONG MANIS.

Bahan2.
2     cawan tepung gandum
2     cawan air panas menggelegak
1/2 cawan susu pekat
Garam secubit

Cara2.
Gaulkan semua sekali bahan. Doh akan  jadi melekit lekit.
Celup tangan dlm air lepastu gentel2 kan jadi bebola.
Lepas tu tggu apa lagi,  goreng je..siap!

Nak kan kelainan ibu2 boleh tambah mealshake shaklee sikit untuk menambah kan perisa. Tapi khasiatnya dah hilang sebab mealshake tak boleh bancuh dgn air panas ye.

Tapi ada lagi satu tips untuk dia jadi lebih sedap. Masa tgh buat tu selawat banyak2.

Selamat mencuba.

FB  @ Nurul harliza Said
(Shaklee Independent Distributors)
Sms / Whatsapp  @ 0127520242

Dokter penyamun Ali Baba : Penyakit kurang vitamin C

Assalammualaikum..

Ingat x ayat tu dalam cerita Ali Baba Dan 40 Penyamun. Bila salah satu penyamun tu sakit menggigil gigil,  ketua penyamun tanya pada anak buah dia yg menyamar jadi doktor tu,  ape sebenarnya penyakit anak buah dia yg lagi satu. Si doktor jawab  'penyakit kurang vitamin c' .

Walaupun sekadar cerita komedi,  tapi kenyataan dia tu betul. Sebab bila badan kita kekurangan vitamin C,  Kita akn lebih mudah dapat penyakit terutama demam dan selsema. Rambut pun mulalah kering dan bercabang. Kulit jadi kering dan kusam. Nak tau bagaimana badan kita kehilangan vitamin C?

- stress dan tertekan
- merokok
- makan pil perancang
- terdedah kepada terik matahari
- buang air kecil dan banyak lagi

Oleh kerana badan x boleh nak hasilkan vitamin c sendiri,  kalau kita tak lakukan sesuatu maka keadaan akan jadi semakin  teruk.

Sumber vitamin c ni dari mana?
Dari buah buahan sitrus macam oren, anggur,  blackcurrent, laici dan sayur sayuran macam tomato,  capsicum dan brokoli.

Penting sangat ke vitamin c ni untuk badan kita?
Opkoslah penting. Sebab vitamin c ni
- Antioksida paling unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan tubuh menghadapi penyakit
- Mempercepat proses penyembuhan
- Memastikan proses pemuliharaan metabolisme tubuh dilakukan dengan sempurna
- Membentuk kolagen
- Baiki simptom pendarahan
- Memerangi kanser dengan mengeluarkan T-cells untuk lawan sel kanser dan buang kimia berbahaya dari tubuh
- Cantikkan kulit,  lebih cerah, kurangkan jeragat dan lambatkan penuaan

Vitamin c terbaik? Mestilah sustained released vitamin c dari shaklee . Sebiji vit  shaklee bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Makannsehari sebiji je dah mencukupi. Sebotol ada 180 biji,  tahan 6 bulan. Berbaloi sangatkan. Apa2 pertanyaan boleh hubungi saya.

Fb@  Nurul Harliza said
(Shaklee Independent Distributor)
Sms / Whatsapp@ 0127520242

Tips banyakkan susu ibu.

Assalammualaikum...
Dok belek2 gambar dalam henpon ni ternampak gmbar2 lame mase ammar zarif ni baby lagi . Teringat saat2 menyusukan dia dulu. Dulu mula2 nak naik keje lepas cuti bersalin 2 bulan, rasa macam buntu sgt sebab susu simpanan x cukup. Lepas tu bila amalkan tips2 yang sepatutnya, Alhamdulillah stok susu memang mencurah curah. Meh nurul share sikit tips yg nurul amalkan.

1. Haruslah minum air secukupnya. Minum air masak at least 3 liter 1 hari. Kalau x cukup water intake,  petua ape pun hang buat xkan jalan.

2. Perbanyakkan makan buah buahan dan sayur sayuran. Bila banyak makan buah dan sayur,  secara x langsung susu akan rasa lebih wangi  , manis dan tambah berkhasiat,  berbanding banyak makan makanan laut. Susu ibu ni kan akan ikut apa yang ibu makan. Sebab tu ibu yang menyusukan bayi secara exclusive ni kena makan pantang,  bukan main ikut sedap tekak sendiri je.

3. Makan makanan berkuah. Contohnya sup ayam..sup sayur..sebab kuah tu kan air,  jadi secara x langsung memperbanyakkan susu ibu.

4. Banyakkan zikir dan doa.
Dulu masa susukan ammar dgn atif,  setiap kali waktu nak pam susu untuk dorg,  nurul akan tengok nota kecik yang nurul buat ni. Letak sekali gmbar anak. Jadi bila tgok muka anak,  bila kita banyak berdoa dan berzikir, kita akan jadi lebih tenang dan pengeluaran susu akan berjalan lancar. Lagipun kalau x doa,  x mintak dengan Allah, macammana Allah nak perkenankan doa kita. Lagipula emosi yg x stabil atau senang citer time stress dan tension,  pengeluaran susu akan terbantut.

5. Makanan tambahan.
Nurul memang setia dgn shaklee sejak masa myusukan ammar lagi. Sebab terbukti dari susu cair, makin pekat. Dari susu sikit,  makin mencurah curah.  Nurul akan amalkan minum ENERGISING SOY ROTEIN  @ ESP setiap kali lepas mengepam. Sebab kandungan protein yg tinggi dlm esp ni buatkan kita kenyang dan memberikan bekalan secukupnya untuk proses balik susu setelah payudara dikosongkan sebelum itu. Disamping ti nurul jugak amik ostematrix supaya tulang nurul dan bayi lebih kuat kerana ostematrix  ni adalah supplement yang kaya kalsium.

6. Mind setting..
Fikiran ibu kena set untuk menyusukan anak secara berterusan. Jangan asik pikir negatif je. Ibu yang bekerja dan pada waktu yg sama menyusukan anak memang akan menggalami ujian yang getir..banyak ranjau berduri kena tempuh..cewah..yelah dengan nak uruskan hal kerja,  tapi pada masa yang sama kena komited dgn tugas tuk pam susu secara konsisten. Time nak pam tulah bos panggil,  time tulah keje belambak. Nak susu banyak bukan boleh pam pagi sekali lepas tu tgh malam karang sekali. Kena konsisten.  Setiap 3jam sekali. X boleh ngelat2.

Semoga sesikit sebanyak perkongsian nurul ni dapat menampahkan lagi pengalaman dan pengetahuan ibu2 diluar sana.

Sekian.
Fb  @ Nurul Harliza Said
(Shaklee Independent Distributors)
Sms/ Whatsapp  @0127520242