Rabu, 17 Disember 2014

Set Dalam Pantang

Assalammualaikum hari ni nurul nak cerita serba sedikit mengenai set berpantang dari shaklee. Biasanya bila kita dalam pantang,  jururawat akan nasihatkan untuk tidak mengambil sebarang jamu bagi mengelakkan bayi terkena jaundis atau demam kuning. Ini kerana jamu diperbuat daripada bahan2 yang berunsur panas. Itulah keistimewaan supplement shaklee kerana I boleh diambil x kira masa kerana tidak akan menyebabkan kekuningan pada bayi. Srt berpantang shaklee sangat2 bagus kerana fungsi setiap produk yg sangat optimum dan dapat disesuaikan mengikut kondisi badan seseorang.

Dalam set berpantang shaklee ni ada beberapa produk antaranya adalah :-
1. Esp (Soy protein isolate powder)
Fungsi esp adalah membekalkan tenaga yg optimum disamping membantu penghasilan susu yang lebih bayak dan pekat. Esp ni seelok eloknya diambil sejak awal kehamilan lagi. Malahan yg x mengandung punboleh minum sebab esp ni tidak mengandungi gula tambahan dan membantu menurunkan kadar kolestrol dalam badan.

2. Alfalfa
Alfalfa membantu membuang toksin dalam badan dan merupakan milkbooster terbaik. Selain dari membantu penghasilan susu ibu yang mencurah curah, ia juga berfungsi sebagai kacip fatimah moden dimana membantu merapatkan vagina serta mengatasi masalah keputihan. Namun harus diingatkan alfalfa hanya boleh diambil setelah 2 minggu melahirkan. Alfalfa juga merupakan raja segala tumbuhan.

3. Ostematrix
Merupakan sumber kalsium terbaik kerana ia membekalkan 1000mg boron,  400mg magnesium,  400IU Vitamin D, mangan,  tembaga dan zink. Selain dari turut membantu memperbanyakkan susu ibu, Ostematrix juga  membantu menghilangkan masalah sengal2 badan, sembelit dan bantu memguatkan tulang.

4. B- complex
Membekalkan tenaga, melawan simptom kemurungan dan meroyan,  mencegah penyakit anemia serta memelihara kulit, kuku, rambut dan otot. B complex juga merupakan anti stress terbaik.

5. Sustain Released Vitamin C
Membantu penyembuhan luka dgn lebih cepat,  mencegah jangkitan dan selsema, antioksida yg kuat, membantu tumbesaran dan membaiki tisu2 dalam badan,  membantu membaiki tulang, rawan dan gusi.

6. Lecithin
Membantu memecahkan lemak. Selain dari ibu lebih cepat langsing,  ia juga membantu mengatasi masalah bengkak susu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan