Selasa, 9 Disember 2014

Antara Redha dan Rela

Assalammualaikum. .
Tajuk entry hari ni setelah lama menyepi..antara redha dan rela. Seberapa kuatkah iman kita dan seberapa sabarnya hati kita hanya dapat dilihat ketika kita dikurniakan ujian dari Allah. Knp nurul kata ujian itu adalah kurniaan..kerana Allah tidak akan mengabaikan hamba yang disayangiNya. Bersyukurlah kita kerana segala ujian dan dugaan dari Allah merupakan tanda yang kita berada dalam dakapanNya.

Teringat dulu masa kami suami isteri didatangkan ujian yang tak tertanggung rasanya. Hampir setahun bernikah masih belum dikurniakan cahaya mata. Sebulan sebelum ulang tahun pernikahan yang pertama, suami mengalami kemalangan jala raya yang menyebabkan dia mengalami kecacatan sehingga kini, sekaligus mengubah hidup kami sekeluarga.  Dugaan cuma Allah yang tahu tapi kami suami isteri saling menyokong dan kuatkan pergantungan dgn Allah. Sebab talian untuk berhubung dgn Allah tak pernah sibuk,  tak pernah xde liputan dan takkan ditamatkan perkhidmatannya. 

Selepas Allah turunkan ujian yg hebat tu Allaj bagi kami rahmat. Nurul disahkan hamil dan sepanjang tempoh kehamilan dan dalam pantang, suami sentiasa ada disisi. Walaupun mase tu dia x mampu bergerak sendiri tapi sekurang kurangnya dia ada dengan nurul.


Moral of the stories. .bersangka baiklah selalu dgn Allah s.w.t

Tiada ulasan:

Catat Ulasan