Ahad, 30 November 2014

Pantang selepas bersalin

Assalammualaikum.

Mesti ibu ibu yang sedang menantikan kelahiran bayi kompius nak makan jamu apa masa berpantang nanti. Nak makan jamu tu ke nak makan jamu ni ke. Semua aspek diambil kira. Berapa barang ada dlm satu setlah, satu set tahan berapa lamalah. Harga paling mahal,  paling murah. Dan paling penting berapa byk lemak boleh hilg kalau makan jamu bersalin tu.

Bagi nurul,  mestilah shaklee yg terbaik. Walaupun xde diserta kan bengkung sekali tapi supplement2 nya memberikan khasiat 1001 kebaikan. Lagi satu supplements shaklee ni xkan bg kesan buruk mcm panas ataupun kuning pada bayi.

Nurul akan kupas satu persatu pasal set berpanrang shaklee ni di lain waktu ye nak bobokkan anak dulu.

Bayi dalam dulang.

Assalammualaikum.

Hari tu borak2 dgn mak dan jiran2..mak keluarkan satu cerita. Kata mak org dulu2 ada 1 kebiasaan dimana kalau bayi baru lahir diletakkan dalam dulang yg dialas 7 helai kain batik. Dalam dulang tu juga di tabur dengan beras. Setiap kali waktu malam kain batik tu akan ditarik satu persatu. Sampailah tali pusat bayi tu tanggal. Bila dah tanggal,  beras dalam dulang tadi tu akan dibuat bubur putih merah untuk disedekahkam pada jiran2.
Kata mak nurul dulu mak buat macam tu sebab arwah nenek yg suruh. Kononnya sebab orang dulu2 xde kalendar dan pita pengukur. Jadi panjang bayi akan dikira mengikut panjangnya dalam dulang tu dan kain batik tu mewakili hari. Tapi nurul lahir tahun 1985. Hurm....

Fb@ Nurul Harliza Said
(Shaklee Independent Distributors)
Sms / Whatsapp@ 0127520242

Khamis, 27 November 2014

Panas dalam?

Assalammualaikum.

Hari ni nurul x berapa sihat. Hujan dan panas yang x menentu selama beberapa hari membuatkan badan dah mula seram sejuk. Pulak tu duduk dlm bilik aircond. Sejuk yang sedingin salju terasa seperti dinginnya air batu.

Sustained release vitamin c pulak dah kehabisan. Selalunya kalau rasa seram sejuk nurul akan telan vit c 2 biji,  b complex 2 biji dan esp segelas,  in shaa Allah lepas tu trus kebah.

Time2 seram sejuk ni en suami ajak pegi lunch same2..terus ajak pegi crik air cikong panas. Nasib baik jumpa. Kenapa crik cikong panas? Sebab cikong ni boleh menurunkan panas dalam, mengubati batuk dan lain2 khasiatnya tp make sure panaslah jgn minum cikong sejuk pulak. Bukan makin baik makin sengsara nanti. 

Apa kandungan dlm air cikong ni? Airnya tu adalah air kembang semangkuk yg direndam. Kembang semangkuk ni bagus untuk turunkan panas dlm dan mngubati batuk. Kalau batuk biasanya nurul rendam buah kembang semangkuk ni dgn 2 3 ketul gula batu. Bila dah kembang dia akan terbentuk seperti agar2 dan memenuhi cawan tu. dan bolehlah diminum airnya.


selain dari buah kembang semangkuk biasanya ada beras barli, buah kabung, gula melaka, laici dan halwa kundur. Dan x lupa jugak bijik selasih. Semua kandungan dlm air cikong ni memang bertujuan untuk turunkan kepanasan badan. Sebab tu jadi salah kegemaran family nurul. yok kongsi minuman kegemaran korang.


Fb@ Nurul Harliza Said

(Shaklee Independent Distributors)

Sms / Whatsapp  @ 0127520242

Arjuna Beta

Sekarang ni tengah popular lagu Fynnjamal yang bertajuk Arjuna beta. Pertama kali dengar lagu ni xdelah rasa apa2 cuma tertarik dengan bait2 ayatnya yg begitu puitis dan menusuk kalbu. Nurul lebih tertarik dgn personaliti penyanyinya yg begitu slumber dan rilex. Nurul memang  xtau langsung pasal dia ni tapi mula tertarik dengan kisah dia bila satu hari mak nurul ajak borak pasal dia. Ko kenal x fynnjamal tu? Penah dgr x lagu dia yg arjuna beta tu. Kita ni masuk kereta je terus tekan pedal minyak..x dan nak on radio nak dgr lagu2 baru. Tapi mak yg duduk kat umah memang lebih maju mengupdate halwa telinganya. So pegilah google pasal fynnjamal dan lagunya ni. Kalau x silap dia ni penah jadi cikgu kat afganistan. Dah kawin lame tp blom ada rezeki menimang cahaya mata. Jadi dia amik anak angkat dan anak angkat dia ni ada penyakit autism. Arjuna tu nama anak dia tulah. Jom nurul share skit lirik lagu Arjuna beta ni..

Takkan ku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul anaknda
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhan mu ada
Takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anaknda

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhan mu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Dunia Adalah Jambatan

Assalammualaikum...nurul nak kongsi sedikit sedutan dari ceramah udt Pahrol Mohd Joui yg disiarkan dlm radio Ikim..semoga bermanfaat pada pembaca semua

Ust Pahrol Mohd Joui.
Dunia Hanya Jambatan
Ikim.fm 26.11.2014
***************

^dua nikmat besar iaitu nikmat iman dan nikmat islam adalah utk keselamatan kita di dunia dan di akhirat
^kata muqarrabbin........"jika dunia ini diibaratkan sebagai emas yg cepat rosak dan juga sebagai tembikar yg diawet (tahan lama)........org akan memilih tembikar tersebut berbanding dgn emas
^dunia ini penuh dgn kekeruhan (sakit, susah, tak selesa, duka dan nestapa)
^akhirat (syurga) sedikit pun tiada kekeruhan
^dunia adalah halangan utk kita ke akhirat
^akhirat itu lebih baik dari dunia
^ Surah An-Nisa, Ayat 77
Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat". (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun".

^mencintai syurga (akhirat) tidak semestinya kita meminggirkan dunia
^jadikan dunia ini sbgai modal utk kita ke akhirat
^dunia hanyalah alat (jambatan) utk ke akhirat.
^'nikmat' (kaya, pangkat, kecantikan, pakaian, makanan, kesihatan, anak2, isteri) dunia haruslah ditukarkan kpd 'rahmat' utk akhirat (sesuatu yg bernilai di akhirat)
^nikmat dunia harus ditukarkan dlm bentuk taqwa, kerana hanya taqwa shj yg akan dipandang oleh Allah di akhirat nanti
^buatlah persiapan sebaik mungkin utk bekalan kita di akhirat.
^dua perkara yg membawa kita ke syurga
  1. Taqwa (hubungan dgn Allah)
  2. Akhlak (hubungan  dgn manusia)
^utk menyampaikan message yg baik (dakwah), kita dulu harus menjadi message itu sendiri.

Bagaimana utk istiqmah dlm melakukan kebaikan??
1. Jgn fikirkan yg banyak.......biar sedikit tapi konsisten
2. Buatlah amalan2 secara berjemaah supaya ada kekuatan utk iatiqamah
3. Tambahkan ilmu.......kerana ilmu akan mendorong kita utk istiqamah
4. Istiqamah itu milik Allah, maka pohonlah kpd Allah agar kita boleh istiqamah dlm beribadat

Dunia ini singkat dan dekat, akhirat itu jauh tetapi berpanjangan (kekal)
Gunakan 'dunia' utk kebaikan akhirat..

Selasa, 25 November 2014

Sabun vs Basic H

Assalammualaikum.

Mesti ramai ibu2 yg menggunakan sabun basuh pinggan sebagai agen pencuci untuk botol susu anak2 kan. Bukan x boleh tapi tidak digalakkan. Sebab sabun basuh pinggan biasa mengandungi bahan kimia dan bahan2 yang x sesuai untuk kanak2.

Sejak kenal dgn pencuci serbaguna dari shaklee nurul memang pajak Basic H ni untuk anak2. Semua botol susu dan makanan yg perlu dibasuh nurul akan gunakan khidmat mr.basic h. Jimat, tiada bahan kimia, tiada paraben dan tiada toksik.

Macam2 kegunaan basic h ni. Bukan setakat Untuk mencuci sahaja malah untuk mengurangkan demam anak2 , mengurangkan alahan dan ruam seperti ruam lampin dan ruam susu pada bayi,  kurangkan sakit gigi,  dan macam2 lagi. Pokoknya memang wajib ada di rumah.

Sebotol boleh tahan lebih dari 6 bulan tapi disebabkan semua benda nurul gunakan Basic H ni maka x sampai 6 bulan dah habis. Seronok guna basic h ni. Nak mop guna 6 titik je untuk sebaldi air. Nak rendam kain buruk atau basuh buah2an dan sayur2an guna 2 3 titik je. Berbaloi sangat2. Ada pape pertanyaan boleh rojer2 I..

Fb@ Nurul Harliza Said
(Shaklee Independent Distributors)
Sms / Whatsapp@ 0127520242

Isnin, 24 November 2014

Mealshake tamat tempoh?

Assalammualaikum.

Mesti ramai ibu2 yang nak tau pasal Mealshake tamat  tempoh ni kan.

Sebelum tu kita berkenalan dulu dgn   Mealshake ni. Mealshake adalah salah satu supplement dari shaklee yg dibuat khas untuk kanak2. Tapi org dewasa pun boleh minum. Mealshake ni berperisa vanilla dan cara makan untuk kanak2 cuma campurkan 1 sudu teh ke dalam suau mereka,  sehari sekali sahaja. Mealshake ni mengandungi semua vitamin dan khasiat yg diperlukan oleh kanak2. Sebab tu ia sgt2 disyorkan kepada kanak2 yg mudah sakit, cerewet makan, obesiti, terlalu kurus dan sembelit.

Mealshake ni x macam vitamin lain yg tahan bertahun tahun. Jangka hayat mealshake cuma 6 bulan sahaja. Dan mealshake ni kena disimpan dlm tempat yg kering dan lembab ye  seperti dalam peti aisle. Kalau x tekstur mealshake tu akan rosak dan khasiatnya hilang.

Macam gambar dibawah ni. Mealshake yg warna putih tu  masih dlm keadaan baik. Tapi mealshake yg warna kekuning kuninggan Dan kering tu dah x boleh pakai. Kalau diberi juga pada anak2 biasanya akan memberi kesan yg buruk pada anak2. So berhati hati ibu bapa. Lagi satu mealshake ni x boleh dibancuh dgn aor panas ye. Nanto khasiatnya hilang. Cukup air suam sahaja. Semoga bermanfaat.

Fb  @ Nurul  Harliza said
(Shaklee Independent Distributors)
Sms / Whatsapp 0127520242