Khamis, 13 November 2014

Isteri Kembali Dara

Assalammualaikum.
Haaaa.tak perlu rasanya nurul nak bermukadimah panjang2.
Mesti korang rasa excited nak taukan. Biasanya bila seorang wanita tu dah pernah mengandung dan melahirkan ,  maka keadaan fizikalnya akan berubah. Samelah juga dgn keadaan bahagian kewanitaan juga turut berubah. Tapi janganlah pulak si suami rasa menyampah atau tak suka dengan perubahan itu. dan jangan pula perubahan itu dijadikan alasan untuk melukakan hati si isteri. Kendurnya ia kerana mu suami , berubahnya  juga keranamu, lainnya juga adalah kerana mu, kerana melahirkan zuriat2 mu. Jadi sebenarnya suami mempunyai tanggungjawab yang sgt besar untuk mengembalikan nya kepada asal. Jom kita sama2 tgok ape yang suami boleh buat.

1. JANGAN MEMPERLEKEHKAN ISTERI.
Kalau berat badan isteri bertambah atau badan isteri berparut, perkara pertama yang suami perlu lakukan adalah JANGAN sekali kali mengejek atau membanding bandingkan si isteri dengan supermodel kat dalam majalah atau para artis. Sebab perubahan fizikal yang berlaku selepas melahirkan itu membuktikan yang si isteri sanggup melakukan apa sahaja untuk suami meski pun tahu yang kelangsingan dan kegebuan nya akan hilang. Dan yang paling penting suami tu pun kena ingat, Jangan mengharapkan isteri secantik Zulaikha jika dirimu x standing Yusuf.


2. BERI SOKONGAN PADA ISTERI.
Kalau si suami dah tau yang berat badan isteri dah naik mencanak canak, janganlah diam je, belikanlah si isteri tu ubat pelangsing ke, jamu kembali ramping ke. tak pun daftar kan kelas fitness sakinah ke, kelas zumba ke, kelas tomoy ke. Barulah si isteri tu rasa dihargai. Ini tak, suami pandai komplen je. Ni dekat bawah ni nurul bagi cadangan set kurus dari Shaklee. InsyaAllah berkesan. Lelaki Perempuan semua boleh makan. Apa salahnya bagi reward kat isteri tu.


Lagi satu bila suami suruh isteri Diet atau kawal pemakanan, suami kenalah kawal pemakanan awak tu sama. Janganlah tak bagi isteri makan makanan tinggi kalori, tapi awak makan burger leleh double decker depan dia. Tak pun awak suruh dia diet tapi awak suruh dia masak Nasi Arab Maklubah berlauk kambing beriani. tak ke terliur isteri tu nanti. Kalau nurul pun ku bedal je.

3. BINCANG DARI HATI KE HATI.
Bincang dari hati ke hati ni bukan mengadu dengan perempuan lain atau kutuk2 isteri dengan kawan2. Tapi berbincang dengan isteri tersayang apa yang suami boleh bantu. Contohnya, kalau tabiat pemakanan isteri tu tak sihat atau menggemukkan. Cube tanya kenapa dia makan macam tu. Hari2 burger, hari2 lemak. Adakah sebab suami yang suka atau anak2 yang minta. sebab selalunya isteri akan ikut kehendak suami dan anak2. Tak pun masa tu dia tengah strees jadi pulun makan jelah keje dia. Suami jangan biar isteri sorang2 hadapi masalah ni.


4. BERDOA DAN MEMOHON KEPADA ALLAH
Kat bawah ni nurul share sepotong ayat yang memang khas  bagi menambahkan kasih sayang suami isteri. Isteri boleh baca sendiri, tapi lebih baik sekiranya suami yang bacakan. Kan untuk suami jugak.

Nak lagi mantap suami boleh belikan isteri Alfalfa Complex. sebab alfalfa ni membantu menyelesaikan masalah dalaman wanita. bila dah cerita masalah dalaman tu, bermaksud yang tak bersih akan dibersihkan, yang longgar akan diketatkan, yang kontang akan dilembabkan. Suami jugak yang untung.

Senang cerita dalam apa hal pun suami main peranan yang penting. Jangan lepas tangan je ye.
 
 
Sekian perkongsian dari Nurul, harap2 dapat membantu.
 
 
FB @ Nurul Harliza Said
(Shaklee Independent Distributors)
sms/Whatsapp 0127520242


Breast cancer stage 4

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ingat x nurul pernah janji nak cerita pasal kanser payudara vs nurul.?
Ape kaitan kanser payudara ni dgn kehidupan nurul?
Siapa yang kena kanser payudara ni?

Sebenarnya Kanser no .1 pembunuh bagi kaum wanita ni jadi kawan baik pada mak nurul. Mak kandung nurul disahkan menghidap kanser payudara tahap 4. Nurul nak cerita macam mana kehidupan kami bila mak disahkan menghidap penyakit ni. Harap2 yang membaca tak rasa jemu atau meluat ye. Saje nak kongsi pengalaman.

Pada tahun 2007 mak nurul  mula sakit2 pinggang. Sebelum tu mak x pernah ada apa2 penyakit. Demam selsema tu biasalah. Bila selalu sangat sakit pinggang, maka mak pun buat pemeriksaan di klinik. Tuan doktor kata mak sakit pinggang sebab gemok sangat. Oh lupe nak mention badan mak ala2 macam wan maimunah. Tp tinggi lagi..retis mak I tau. Dan tuan doktor suruh mak diet, suruh mak kuruskan badan. Tapi sakit pinggang mak makin hari makin teruk sampai mak dapat high blood pressure atau darah tinggi gara2 x boleh tido menahan sakit tiap2 hari. Cuti sakit jgn ceritalah..memang byk.masa tu mak dgn nurul kerja satu kilang. Mak operator nurul kerani biasa. Nak dijadikan cerita satu hari masa mak baring2 sambil picit2 badan dia,  mak teraba satu ketulan kat bahagian payudara dia. Sebab x sedap hati,  mak pegi buat pemeriksaan kat klinik dokter zaleha kat masai. (Doktor dia perempuan berumur tapi brutal tau). Doktor zaleha cadangkan mak pegi buat mammogram kat hospital. Kebetulan masa tu ada promosi separuh harga sempena hari ibu. So mak pun buat mammogram dan bila dirujuk ke hospital sultan ismail mak kena buat pembedahan untuk keluarkan ketumbuhan tu. Masa tu doktor x dapat pastikan sama ada tu ketumbuhan biasa atau kanser.

Satu hari mak bangun tido sekitar pukul 3 pagi. Mak turun nak pegi dapur sebab nak minum air. Bila dah sampai dekat bawah tibe2 mak rasa pening. So mak nak duduk, tp nasib tak menybelahi mak. Masa mak nak letak punggung atas kerusi,  ntah macam mana mak terpeleot dan tanggan mak terkepak kat atas tempat letak tangan kerusi. Lepas tu mak  terus sambung tido dalam keadaan kesakitan. Besoknya nurul tanya mak sama ada mak nak pegi klinik atau  tidak tp mak tak nak pegi . Kate mak xde ape2 yang series. So nurul pun pegi keje macam biasa. Masa ni mak dah berhenti kerja diatas nasihat majikan sebab selalu cuti sakit. Petang tu masa btol2 tengah azan maghrib mak tengah baring kat bilik. Nurul kat ruang tamu. Tiba2 nurul dengar bunyi macam tingkat kaca berlaga sesama sendiri. Terus teringatkan mak kat bilik atas. Bila nurul lari naik atas nurul nampak mak dah meronta ronta sambil mulut meleleh leleh air liur. Mak kena sawan! ! Sambil nangis2 call abah sebab masa tu abah keluar pegi kedai. Bila abah balik kami pun bawak mak pegi hospital wakaf an nur. Dari situ doktor transfer mak pegi HSI.

Bila dah sampai HSI,  stelah disiasat rupa2nya tekanan darah mak naik terlalu tinggi hingga menyebabkan mak kena sawan. Dan yang paling memeranjatkan,  tangan mak patah. Dokter sendiri hairan macam mana senang sgt patah sedangkan jatuh sikit je dan umur mak masa tu baru 40an. Lepas tu dokter buat mcm2 ujian dan barulah dapat dipastikan yang mak menghidap kanser payudara tahap 4 yang telah merebak ke tulang,  dan mengikut pengalaman doktor mak cuma boleh bertahan selama 6 bulan je. Ya Allah masa tu dalam hati Allah je yg tau..mak call bagitau nurul dekat opis masa tu. Lepas letak telefon terus lari masuk bilik air . Menangis semahu mahunya..Allahhuakbar..Allahhuakbar.. mcm manalah mak nak hadapi kanser ni..brapa lama mak boleh hidup.. macammana keadaan mak lepas ni.. apejadi dgn kitorang kalau mak takde.. apekitorang nak buat ni..semua bermain main kat fikiran nurul.. tapi bila depan mak nurul tahan semua air mata. Nurul xnak buat mak susah hati,  xnak buat mak sedih. Bermula dari detik itu, mak pun menjalani kehidupan sebagai pesakit kanser. Sejak dari hari tu memang kehidupan kitorang sekeluarga berubah 360 darjah. Mak dah x seceria dulu. Dah x sekuat dulu. Terutama bila dia start buat kemoterapi. Mak kena buat 6x kemoterapi dan lebih 30x radioterapi. YaAllah masa tu x tahan air mata tgok keadaan mak. Rambut dan segala bulu kat badan mak gugur, kepala botak, bulu mata bulu kening pun xde,  berkudis sana sini,  kulit macam mat gian, kurus tinggal rangka je. Makan x lalu.semua xnak..tapi bersyukur sangat2 waktu2 macam ni abah tatang mak macam minyak yang penuh. Segala keperluan mak abah sediakan. Dari mandi,  buang air,  makan,  ubat semua abah uruskan. Abah x tido malam sebab jaga mak,  abah terkejar kejar kat tempat keje sebab nak masakkan untuk mak. Abah lambat masuk keje sebab nak mandikan mak. Memang abah yang terbaik buat mak (mata masuk habuk)  masa tu pun abah jaga arwah nenek yang tengah sakit tua.

Masa tu kami sekeluarga buat sehabis baik untuk mak. Bergolok bergadai tuk belikan ubat2 yang katenya bagus,  katenya mujarab. Sampailah satu hari bila doktor tanya mak supplement apa yg mak makan. Mak kate mak makan pati g****. Doktor terus bagitau mak yang binatang tu x bagus untuk pesakit kanser sebab dia mengaktifkan sel kanser. Patutlah keadaan mak makin lemah. Start dri tu mak serik nk cuba ubat2 luar. Mak memang bergantung sepenuhnya dengan ubat dan rawatan hospital. Mak kena operation 2x untuk buang ketumbuhan dan buang kelenjar. Lepas tu mak kena repeat kemoterapi dan radioterapi lagi. Bukan setakat tu, seperti pesakit kanser payudara yang lain,  doktor cadangkannmak untuk buang keseluruhan payudara supaya x merebak. Tp payudara mak xade luka atau apa2 kudis. Mak tanya doktor balik,  kalau mak buang payudara dia, doktor pasti k kanser tu x merebak. Jawapan eoktor masa tu dia sndri x pasti. Jadi mak tolak cadangan doktor. Kemudian doktor cadangkan mak untuk tukar tulang tangan yg patah tu sebab sel kanser dah merebak ke situ dan tulang bahagian leher. Doktor suruh mak tukar dgn besi yang kosnya mencecah 40 ribu atau pun tukar dgn tulang org mati yang manankosnya cuma seribu. Ajegile?? Itu je yang kami anak beranak pikir. Dan mak tetap dgn soalan dia, kalau tukar tulang,  donfirm ke mak sihat. Korang pun mesti dah dapat agak ape jawapan doktor dan apa keputusan mak kan.

Nurul selalu dengar mak mengeluh bila dia balik dari checkup. Sampai bila semua ni akan berterusan. Sebulan 3 4x appointment dgn hospital..ubat macam butir2 nasi banyaknya yang perlu di telan.. pbils pegi hospital mesti ubat yang dapat umpama macam gula2 banyaknya. tapi hairan..walaupun mak mengeluh penat tp mak buat jgk,  mak telan jugak.
Mak x pernah putus asa. Nurul x tau dari mana kekuatan yang mak dapat. X tau apa yang buatkan mak semakin  bersemangat. Mungkin sebab sokongan nurul dan abah yang selalu bg kata2 semangat. Mungkin dia fikir nak tgok satu2nya anak perempuan dia ni naik pelamin. Mungkin sebab x sanggup tinggalkan adik yang kecik lagi masa tu. Semangat mak tu membuatkan ramalan doktor yang mak cuma boleh bertahan hidup selama 6 bulan terpesong jauh. Menjadikan mak lebih kuat untuk lawan kanser tu. Dan sekarang dah lebih 7 tahun kanser tu jadi kawan baik mak. Sekarang keadaan mak x macam dulu. Kesan dari kemoterapi dulu tu Kulit mak jadi lebih lembut, rambut pun semakin lebat. Sekarang Mak boleh kehulu kehilir,  mak boleh jaga cucu,  boleh jual nasi lemak dan air tebu. Tapi Itu cuma luaran. Bila mak penat skit je peluh mak macam air hujan. Bila keje lebih je tulang2 mak semua bisa, bila mak lasak je mak boleh demam 2 3 hari. sebenarnya kanser mak makin teruk. Dari 5 % yang merebak ke tulang,  sekarang dah lebih 50 %. Tapi nurul betul2 kagum dgn mak. Mak sentiasa berfikiran positif. Mak sentiasa berdoa yang baik2 je. Nurul rasa sebenarnya jauh disudut hati mak,  mak mesti menangis sorg2 mengenang nasib diri. Mesti dalam solat mak merintih meminta kesembuhan. Itu jgklah rintihan nurul. Semoga mak lebih sihat dan andai ajal mak menjemput,  nurul cuma berdoa agar sakitnya diringankan. Sesiapa ya masih membaca sampai akhir cerita ni,  ku pohon sedekah kan Alfatihah pada mak supaya ada sinar harapan untuk mak sembuh dan bebas kanser. Nurul xkan upload apa2 gambar berkaitan dgn kanser yang mak alami, dan xkan siarkan gambar2 mak masa mak sakit sebab tu permintaan mak...sebagai anak nurul cuba apa sahaja supaya mak gembira. Semoga mak diberi kesembuhan yang sempurna. Kasih sayang mak dan penat lelah mak membesarkan nurul xkan boleh nurul balas walau dgn titisan darah sekalipun. Pesan nurul pada suami2 atau anak2 yg alami situasi yang sama, jangan sekali kali sebarkan benda negatif pada pesakit. Sentiasa buat dia gembira. Sebab bila dia gembira, sel kanser lambat bergerak. Tapi bila dia susah hati,  sel kanser akan merebak dgn lebih cepat. Dan paling penting kena jaga hubungan dgn Allah s.w.t sebab Dia Maha berkuasa.

Sekian..
Nurul harliza said
( Shaklee independent distributor )
Sms@ whatsapp 0127520242
Fb@ Nurul harliza said

Isnin, 10 November 2014

Pantang larang semasa hamil

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni nurul nak share pantang larang yang diturunkan oleh nenek,  mak, mak mertua dan orang sekeliling nurul mase nurul mengandung.

Antaranya Jangan baring sambil letak kaki lebih tinggi dari kepala. Katanya nanti susah bersalin. Nurul mmg ada habit bila baring,  kaki kena lbih tinggi dari kepala. X kisahlah letak atas kerusi ke atau sandar kat dinding. Tapi mase mengandung memang nurul x buat tabiat ni..takut woo...

Jangan biar lesung batu x berbasuh dalam singki. Pun susah bersalin. Tapi agaknya x nak singki semak kot. 

Banyakkan makan betik,  kulit anak cerah. Mungkin jgk kot sebab ngandung anak no.2 mmg suka sgt makan betik. Dan dia lebih cerah dari abang dia. Tapi yang bestnya mestilah x sembelit masa ngandung. 

Jangan minum kopi nanti anak gelap. Tapi anak yang sulung walaupun glap tapi kulit dia cantik. X pernah kena campak atau ruam.

Jangan duduk atas tunggul kayu nanti anak songsang. Yang ni mak mertua sendiri alami. Yelah penat2 berkebun mestilah nak duduk. Pulak tu duduk kat mana dan je. Bila bersalin anaknya bukan songsang lagi tapi keluat bontot dulu. Seksa katenya. Yang ni mmg nuul ikut btol2.

Lepastu bila baring atas bantal jangan lipat bantalnya. Nnt masa bersalin pun bdn anak2 berlipat.

Jgn bagi suami pegi memancing,  jangan tebas2 semak,  jangan aniaya binatang. Itu sahaja yang nurul ingat untuk masa ni. Diharap dapat meluaskan lagi pengetahuan anda. Kalau ada pantang larang yang ingin dikongsi bersama, jangan malu2. Semoga berjumpa lagi .

Tertunduk tunduk mencari lokan,
Untuk dijual kepada si nyonya,
Pantang dan larang jangan diabaikan,
Menjadi panduan kini dan selamanya.

Kanser payudara.

Nak tau pengalaman saya menghadapi kanser payudara?
Siapa yang menghidap kanser payudara?
Tunggu update saya seterusnya.
Kita kongsi pengalaman saya yang x seberapa.

Ahad, 9 November 2014

Kulit anak sensetif?

Assalammualaikum.
Pernah dengar pasal Non Gmo?
Nak cerita pengalaman nurul. Anak yg no 2 Atif ziqri mmg dilahirkan dgn kulit yg sangat sensetif. Ni semua gara2 ibu dia gemor sangat minum air soya coklat. Mase tu nak telan ESP memang xde nafsu langsung. So nak anak cerah punya pasal telanlah soya coklat jenama soy**** . Memang dapat anak cerah tp kulitnya sensetip mintak ampun. Dalam pantang lagi dah kena ruam susu. Kalau kena gigit nyamuk pulak kesannya mcm dicubit cubit sampai dokter tanya takut2 kalau dia kena dera.

Ape beza ESP dgn soya biasa? Soya biasa GMO tapi ESP Non Gmo. Bermaksud tidak diubah secara genetic. Contoh benda yang diubah secara genetic.. Abang sado ijau atau Incredible Hulk. Nak ke jadi gitu? Xnk kan...so better tukar makanan anda kpda yg lebih sihat. Lagi pun ESP ni secara x langsung mengurangkan kadar cholesterol dan kadar gula dlm badan. So boleh kawal penyakit,  kawal berat badan n paling best untuk wanita, kuatkan rambut dan kuku,   kulit makin lembut dan milkbooster terhebat..

Mahal ke esp ni? Harganya mmglah 100++ tapi kndungannya yg tahan selama 2 hingga 3 bulan  tu menjadikannya sanggatt berbaloi.. nak tau khasiat lain? Nnt kita jumpa lagi..semoga sedikit perkongsian ini dpt mmberikan manfaat kepada anda.

Anak ku bebas kahak dan lendir

Assalammualaikum..
Hari ni nak citer pasal astma atau lelah dikalangan kanak- kanak. Anak nurul yang no.2 ni memang selalu batuk. Bila batuk dia akan batuk berkahak tapi x pandai nak kluarkan kahak tu. Last2 ditelannya balik. Yelah budak baru setahun 5 bulan..apelah yg dia pandai. Pulak tu si kecik ni  x macam abg dia yg slalu muntah bila batuk. Jadi kahak tu bersemilah dalam badan dia. Bila tidur akan nafasnya akan berbunyi. Ada sekali tu dia sesak nafas bila batuk waktu malam..cepat2 nurul dudukkan dia. Disebabkan tak sanggup nak tgok keadaan ia yg seksa time batuk dan x sanggup dengkur sia yg berkeladak tu, nurul bagi dia omegaguard shaklee.

Hari jumaat malam nurul campurkan sebiji omegaguard dalam susu dia. Perlu diingatkan ye ibu2, omegaguard shaklee ini merupakan 99% minyak ikan yg terbaik didunia. Jadi baunya sedikit hanyir. Tapi sikecik nurul bedal je sampai habis. Xtolak langsung.

Lepas habis susu sebotol dia main macam biasa. Lepas tu start pukul 4pagi dia start muntah. Muntah kahak dan lendir. Lebih 7x dia muntahkan kahak dan lendir dari warna hijau,  kuning sampailah ke jernih. Muntah tanpa dipaksa..batuk2 kecil lpas tu selambak lendir dia keluar. Bila siangnya dia buang air besar 2x. Tp najisnya berupa lendir yang berwarna hitam. Nurul dah mula takut, tapi sebab dah tau setiap supplement yg dimakan akan mengalami proses penyembuhan atau bahasa omputihnya healing crisis, maka Nurul pun sabarkan hati..bagi dia mnum air masak banyak2.

Bila dia dah kurang muntah,  dia tetap xnak menyusu,  jadi nurul bagi dia minum air coklat sekotak dan roti sikit. Alhamdulillah lepas tu dia trus sihat dan main macam biasa. Hari ni dah masuk hari ke 4 dan dah tak dengar nafas dia berkeladak..kalau batuk pun batuk2 manja je. Dah xde dah dgr salur pernafasan tersumbat..syukur sgt2.

Selain dari itu banyak lagi khasiat minyak ikan ni bukan untuk mereka yg semput je malahan juga bagis untuk ibu hamil, pelajar, mereka yang nak kurus. Mungkin anda nak kongsi dgn nurul pengalaman anda dengan omegaguard shaklee...

Dan jangan lupe..bulan november ni ada promo omegaguard beli 6 percuma 1 atau beli 2 dapat diskaun lagi